...Kurang rasional...

Pada hari ini,keadaan di ibu negara tidak seperti biasa.Jika kebiasaannya,hari sabtu ini merupakan hari untuk para peniaga mencari rezeki yang lebih,tetapi pada hari ini sesetengah daripada peniaga-peniaga di ibu kota terpaksa menutup kedai dengan lebih awal.Mungkin ada di antara peniaga tersebut terpaksa menanggung kerugian yang
banyak.Warga kota yang mahu membeli belah dan bersiar-siar bersama keluarga pada hari ini,mungkin terpaksa membatalkan hasrat tersebut.Hal ini berlaku semuanya gara-gara tindakan kurang rasional sesetengah pihak yang membabitkan isu ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.Mereka berhimpun beramai-ramai seperti di Pusat Beli Belah Sogo demi mencapai matlamat yang diingini tanpa mengira sensitiviti dan hak orang awam yang lain terutamanya peniaga.Mereka berhimpun di jalanan untuk menegakkan matlamat masing-masing seolah-olah cara yang mereka gunakan itu mampu meraih matlamat yang diinginkan.

Baik anti mahupun pro ISA, cara begini pada hemat kawan adalah kurang rasional jika difikirkan. Banyak sebab yang kawan rasakan bahawa tindakan berhimpun beramai-ramai seperti yang dilakukan pada hari ini adalah sangat tidak wajar. Antara sebabnya adalah janji pihak pemerintah bahawa akta tersebut akan dikaji terlebih dahulu. Jadi semua pihak perlulah menunggu terlebih dahulu hasil kajian tersebut kelak.Himpunan beramai-ramai ini juga tiada faedahnya kerana ia belum tentu lagi akan membawa kepada tercapainya matlamat yang dikehendaki oleh pihak-pihak yang terlibat.Malah tindakan seperti itu mendatangkan bahaya kepada orang awam yang lain dan imej negara kita juga boleh terjejas disebabkan tindakan tersebut. Keadaan ini sebenarnya akan memberi ketakutan kepada pelabur-pelabur yang mahu membuat pelaburan di negara ini dan seterusnya boleh menambahkan lagi masalah ekonomi yang sedia bermasalah. Jika kita selalu mengamalkan tindakan seperti ini, kawan percaya keamanan yang ada dalam negara kita ini lama-kelamaan akan menjadi goyah dan akhirnya apa yang terjadi di Selatan Thailand akan juga terjadi di negara kita ini. Namun kawan harapkan semua itu tidak berlaku di negara kita ini dan berhentilah bagi sesiapa yang terlibat daripada melakukan tindakan kurang rasional ini.Kawan mengulas isu ini bukan atas dasar politik tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bakal menerima tempias sekiranya negara ini bergolak dan huru-hara,maka kawan fikirkan wajar untuk kawan memberitahu kepada 'bloggers' yang mungkin terlibat sama dalam perhimpunan tersebut bahawa hentikan tindakan seperti ini dan berfikir panjang terlebih dahulu daripada bertindak seperti ini.

jomulo-cintakan perdamaian

0 comments: