Loke Siew Fook perlu minta maaf

Kenyataan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dalam laman blog http://sjsandteam.wordpress.com adalah SANGAT BIADAP DAN KETERLALUAN.Walaupun laman web berkenaan telah diberhentikan tetapi kenyataan biadap dan keterlaluan itu masih boleh dibaca dilaman http://zul4kulim.blogspot.com yang bertajuk BIADAPNYA PEMUDA DAP bertarikh 6 Ogos 2009.Kenyataan yang dibuat dengan menyerang seorang pendakwah cina yang beragama Islam iaitu Dr.Mohd Ridhuan Tee dengan bahasa kesat,lucah dan keterlaluan adalah SANGAT-SANGAT TIDAK WAJAR.Orang ini bukan sahaja menghina Dr.Mohd Ridhuan sekeluarga malah orang ini juga telah menghina agama Islam.Orang ini kawan anggap orang yang bertindak mengikut emosi semata-mata tanpa menggunakan akal yang waras dan tidak layak menjadi Ahli Parlimen.Orang ini sangat bahaya dan boleh menyemarakkan api perkauman serta boleh menyebabkan rusuhan kaum seperti apa yang telah berlaku pada 13 Mei 1969.Meskipun mempunyai pendapat yang berbeza dengan Dr.Mohd Ridhuan Tee,orang ini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kesat,lucah dan keterlaluan seperti itu. Orang Islam dalam negara ini perlu menolak sekeras-kerasnya kenyataan orang ini dan orang ini sepatutnya perlu meminta maaf secara terbuka bukan sahaja kepada Dr.Mohd Ridhuan Tee malah kepada semua rakyat dalam negara ini terutamanya rakyat yang beragama Islam.Orang seperti ini sangat tidak layak untuk menjadi wakil rakyat.

jomulo-Rasa tercabar

2 comments:

::AnnisaFaiqa:: said...
This comment has been removed by the author.
::AnnisaFaiqa:: said...
This comment has been removed by the author.