starting point

Assalammualaikum......

halooo kepada semua blogger..ini merupakn entri kawan yang pertama dalam blog kawan sendiri..actually sebelum ini dah ada layan blog & dah ada post entri..tapi bukan blog kawan sendiri instead share blog dengan blogger bernama qasehsuci..actually kawan tak minat dengan blog sebelum ini sebabnya kawan tak berapa nak pandai untuk post entri..tapi bila budaya blog ini semakin disebut-sebut sampaikan pemimpin-pemimpin negara kita pun mempunyai blog sendiri,kawan jadi tertarik pula untuk layan blog...mula-mulanya sibuk-sibuk lah nak share blog dengan qasehsuci tapi bila view blog-blog blogger yang lain teringin pula nak ada blog sendiri...so dengan itu ter'publish' lah blog yang tak seberapa ni...untuk yang nak mengetahui profile diri kawan yang sebenar(kalau sudi la) boleh la view friendster kawan kat jomulo_87@yahoo.com...

kat starting point ini,kawan ingin berkongsi sedikit mengenai suatu isu...kawan tertarik dengan satu isu yang masih baru lagi dipersoalkan oleh semua rakyat di negara ini...isu yang kawan maksudkan ini ialah isu berkaitan Ketua Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng...baru-baru ini timbul isu untuk membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia...ramai yang membantah dan ada juga yang menyokong supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini..namun setiap orang mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu ini...kawan sendiri mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai isu ini...dan setelah membaca entri dalam blog xnuripilot,perasaan kawan untuk tidak membenarkan kepulangan Chin Peng ke negara ini semakin teguh dan utuh...apa peristiwa yang telah berlaku ke atas xnuripilot itu boleh la diketahui dengan membaca entri dalam blog beliau yang bertarikh 20 June,'Saturday' di
Http://xnuripilot.blogspot.com...diharapkan dengan membaca entri beliau kita bukan sahaja dapat menanamkan semangat nasionalisme dalam diri malah dapat juga mengenang jasa mereka-mereka yang bersusah payah semata-mata untuk melihat kita sejahtera dan harmoni seperti pada hari ini....

untuk entri yang pertama ini kawan rasa cukup la untuk setakat ini dahulu...diharapkan semua blogger sudi-sudikan la membaca entri-entri saudara xnuripilot dan tak lupa juga entri-entri kawan k.....chaiyok2

3 comments:

Maj (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Terima kasih kerana membaca blog saya. Saya berbangga yang anda merupakan seorang yang patriotik. Saya telah menulis blog 'Patriotism 2'. Sudi-sudilah membacanya.

Jomulo said...

Sama-sama saudara.Jasamu dikenang jua.

MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN said...

Diharap anda dapat meluangkan masa untuk memberi komen didalam blog saya terhadap coretan bertajuk seperti di bawah; sebahagian coretan berikutnya. Kerajaan mungkin akan berubah fikiran sekiranya ramai yang bersetuju agar penerima-penerima anugerah selain SP dan PGB turut diberi elaun.

PENGIKTIRAFAN NEGARA.....NYAWA ATAU NAMA?

20 Ogos, 2009 - tarikh yang sungguh mengecewakan bagi saya......!

Saya sungguh berbangga kerana kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan wira-wira negara dengan menaikkan kadar elaun bulanan untuk penerima-penerima Seri Pahlawan (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB). Mulai Julai, mereka menerima elaun bulanan berjumlah RM2,000 untuk SP dan RM1,500 untuk PGB. Pengumuman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri sempena Hari Pahlawan pada 31 Julai, 2009.

Untuk makluman pembaca semua, kerajaan Malaysia telah mewujudkan 5 pingat keberanian, iaitu SP, PGB, Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP), Pingat Tentera Udara (PTU) dan Kepujian Perutusan Persekutuan (KPK).

Saya bukannya penerima SP atau PGB, sebaliknya penerima PTU. Penerima-penerima JPP, PTU dan KPK tidak mendapat sebarang imbuhan. KEMENTAH telah membuat cadangan agar ketiga-tiga penerima pingat tersebut turut diberi elaun yang setimpal dan telah memajukannya ke JPM untuk dipertimbangkan. Tetapi pada tarikh tersebut, saya telah menerima emel dari KSU KEMENTAH menyatakan bahawa Kerajaan '...tidak dapat dipertimbangkan. Ini adalah kerana nilai pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap penerima Darjah Kebesaran atau Bintang/Pingat Persekutuan mempunyai nilai prestij dan martabatnya yang tersendiri.' Minta maaf, saya tidak faham apa maknanya! Saya telah merekodkan pengalaman-pengalaman sebagai seorang pilot helikopter nuri semasa terlibat dalam operasi-operasi menentang pengganas komunis dan emel-emel berkaitan dengan elaun ini di dalam blog saya - xnuripilot.blogspot.com.

Menyumbang pingat perak Olympic layak mendapat sejumlah besar wang sebagai penghargaan selain RM3,000 sebulan sehingga akhir hayat. Berkorban demi untuk mempertahankan kedaulantan negara (kecuali SP dan PGB) mendapat...........! Yang manakah kerajaan memberi pengiktirafan - NYAWA ATAU NAMA?

Apa pun, kesetiaan saya terhadap negara Malaysia tercinta ini tetap tidak luntur. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52. MERDEKA....! MERDEKA....!

MEJ (B) NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN