PapaDom Best

Baru-baru ini kawan berpeluang menonton tayangan perdana filem cereka PapaDom arahan Afdlin Shauki di Penang.Tayangan tersebut dibuat secara tertutup dan penonton yang hadir dalam lingkungan 600 orang.Filem PapaDom ini belum lagi ditayangkan kepada umum tetapi bakal ditayangkan pada tahun ini juga.Cerita ini mengisahkan kasih sayang seorang bapa yang sangup membuat apa saja demi anak yang disayanginya.Kawan seronok menonton filem ini sebabnya pelbagai adegan ditonjolkan seperti adegan lucu,sedih,suka dan duka.Kawan tabik lah kat bro Afdlin sebabnya dia bukan sahaja boleh mengarah filem tapi boleh jadi pelakon lucu yang baik.Jalan cerita dalam filem ini pun agak menarik dan memang akan buat semua penonton tak kering gusi.Filem ini juga banyak memberi mesej yang baik terutamanya kepada golongan-golongan muda.Kawan rasa filem ini sesuai untuk seisi keluarga dan berbaloi beli tiket untuk menonton filem ini nanti.Bila filem ini ditayangkan kepada umum,pakat lah ramai-ramai pi tengok filem PapaDom ni...........Sokonglah filem tempatan.

jomulo-tengok movie ikut 'mood'

2 comments:

::AnnisaFaiqa:: said...

ala..b tgk x ajak darl pun..majuk r

Jomulo said...

Sape soh xnk duk dekat..-D