Potensi BRICs hilangkan dominasi AS

Pemimpin2 BRICs di Yekanterinburg,Rusia

Kita tahu kestabilan ekonomi dunia banyak bergantung kepada negara kuasa ekonomi seperti Amerika Syarikat(AS).Aktiviti ekonomi dunia juga menggunakan mata wang negara mereka.Kita dapat lihat AS mendominasi ekonomi dunia pada masa ini.Tapi,AS pastinya bimbang kini kerana mereka bakal kehilangan dominasi itu jika BRICs muncul.

Mungkin ada yang sudah tahu apa itu BRICs tapi kawan cuba kongsikan sedikit pengetahuan yang kawan ada mengenai BRICs ini.BRICs adalah gabungan 4 buah negara iaitu Brazil,Rusia,India&China serta merupakan sebuah pertubuhan tidak rasmi.Pakar-pakar ekonomi banyak kali berhujah bahawa potensi ekonomi gabungan 4 buah negara itu boleh menjadi kuasa ekonomi paling dominan menjelang tahun 2050.Tapi perlu diingat bahawa 4 buah negara ini bukan bergabung untuk menjadi sebuah negara dan bukan juga 'political alliance'.Hanya andaian oleh pakar-pakar ekonomi bahawa gabungan 4 buah negara ini dapat wujudkan ekonomi yang setanding dengan negara kuasa ekonomi seperti AS pada tahun 2050 kelak.Jim O'Neill iaitu seorang pakar ekonomi global berhujah bahawa 4 buah negara itu meliputi lebih 25% daratan di bumi dan 40% penduduk dunia serta mencatat KDNK bersama yang bernilai AS$15,435,000,000,000. 4 buah negara ini merupakan pasaran yang terbesar dan paling pesat membangun dari segi ekonomi.

Apa yang dapat kawan bayangkan,jika BRICs ini dapat diwujudkan ia boleh mengimbangkan ekonomi dunia ini.Gabungan 4 buah negara ini dapat membentuk satu blok ekonomi yang mantap dan setanding dengan negara kuasa ekonomi seperti AS.Keseimbangan ekonomi ini dapat 'reduce' dominasi AS dalam ekonomi seperti apa yang berlaku pada masa ini.Jadi,apa yang dapat kawan rasakan bahawa bila dominasi AS dapat dikurangkan,penindasan ekonomi yang selalu AS lakukan ke atas negara-negara lemah seperti Iraq itu mungkin juga boleh berakhir.Sebabnya,seperti sekarang ini AS banyak menggunakan kuasa ekonomi untuk menindas negara-negara yang mundur tetapi jika BRICs wujud BRICs dapat compete dengan AS dan kuasa ekonomi AS juga akan tergugat.Seterusnya AS tidak boleh menggunakan kuasa ekonomi sewenangnya untuk menindas mana-mana negara di dunia ini.Konklusi yang kawan nampak jika BRICs wujud,bukan sahaja kuasa ekonomi dunia dapat diseimbangkan tetapi juga konflik mungkin dapat dikurangkan.Proses ke arah pembentukan BRICs ini sebenarnya masih awal kerana pemimpin di 4 buah negara ini baru sekali sahaja mengadakan pertemuan iaitu di Yekaterinburg,Rusia.Jangkaan pakar-pakar ekonomi pula terhadap kemajuan ekonomi 4 buah negara ini adalah pada tahun 2050 iaitu satu jangkamasa yang panjang.Apa-apa pun bloeh terjadi dalam jangkamasa itu.

jomulo-Hargai jasa Mr Ramesh


0 comments: