Hari ini genap 52 tahun negara Malaysia bebas daripada kuasa penjajah dan berjaya memerintah negara ini dengan sendirinya.(Merdeka!Merdeka!Merdeka!).Sebagai rakyat Malaysia,kawan bersyukur sangat lahir di negara Malaysia ini kerana walaupun rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk tetapi keadaan aman dan damai masih lagi dapat dirasai oleh seluruh rakyat.Sejarah telah menceritakan bahawa untuk memerdekakan negara ini adalah sangat getir sehinggakan ramai yang terkorban.Oleh itu,tugas yang lebih getir lagi adalah untuk mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai.
Untuk itu,kawan merasakan adalah penting untuk menerapkan erti kemerdekaan kepada generasi-generasi masa kini terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan pelajar di institusi pengajian tinggi.Bagi kawan,setiap daripada kita iaitu sebagai rakyat perlu mempunyai erti kemerdekaan dalam diri kita supaya dengan wujudnya erti kemerdekaan dalam diri kita,kita akan sentiasa mempunyai semangat nasionalisme dalam diri.Bagi kawan erti kemerdekaan ini adalah sangat penting supaya setiap daripada kita mempunyai pengisian dalam diri sendiri terhadap kemerdekaan yang telah dicapai dan seterusnya dapat membentuk keperibadian yang cinta akan tanah air sendiri.Ini juga dapat mengelakkan kita daripada hanya seronok menyambut hari kemerdekaan kerana pada hari merdeka kita semua diberi cuti dan dapat bersiar-siar sedangkan apabila ditanya mengenai erti kemerdekaan dalam diri kita,lidah terus kelu untuk menjawab dan lebih menyedihkan ada antara kita yang tidak tahu berapa tahun kita telah merdeka.Kepada generasi muda pada masa ini,ingatlah bahawa buruk dan baiknya nasib negara Malaysia ini adalah terletak dibahu kita semua sebagai pewaris kepimpinan masa depan.